Tuesday, May 24, 2011

HARI TERAKHIR DI BEIJING

Hari ke 6, hari berangkat pulang. (20 Mei 2011)

Kami bersarapan ala kadar dan bas menunggu untuk kami pulang. Jam 7.30 kami meninggalkan hotel menuju Tian Jin dengan perjalanan sejauh 180KM ke utara Beijing. Berhenti rehat seketika merembeskan air yang tidak sepatutnya.

9.15 pagi, kami teruskan perjalanan dan Prof mengambil peluang berharga ini untuk berkongsi ilmu dan amal kepada kami. Kami dengar tazkirah Prof, dan antara isi kandungannya;

“Banyak yang kita pelajari daripada perjalanan ini. Pelajari tepati waktu, jadi lebih baik. Chasy; 20 minit terlebih awal sampai ke hotel walaupun dua jam perjalanannya daripada

Utamakan hal ehwal orang lain daripada kepentingan diri sendiri.

Kena minta maaf walaupun perkara itu sukar dan payah. Kesalahan adalah kesalahan tapi memohon maaf adalah kemuncak pada kemuliaan diri. Ia ibarat taubat perlu kita lakukan walaupun sering sahaja bersalah dan berdosa pada sisi Allah.

Senang hendak solat Dhuha di Beijing kerana seawal pagi telah masuk waktu Dhuha.

Sujud syukur apabila tiba di LCCT, paling tidakpun rakamkan syukurnya kepada kita.

Kena utamakan solat dan ‘ruang kepada Allah’ walaupun dalam sibuk melancong. Masjid Nuiji adalah masjid tertua, yang tentunya ramai ulama solat dan berkunjung di situ.

Berapa kos melepas di Beijing? Kita perlu juga membuat persiapan untuk ke Haji, daftar untuk anak ke haji segera. Dan Prof mengakhiri tazkirahnya dengan doa.

9.30 kami tiba di penghujung lebuh raya ke pintu masuk Tian Jin.

Kami melawat sekitar laman budaya di Tian Jin, seni bina dan budaya yang melingkarinya. Dibawa pula ke Pusat Makanan dengan berbagai jenis makanan tradisi Cina. Saya membeli biskut/roti di kedai makanan muslim.

Kami makan tengah hari steam-boat sebelum bertolak ke lapangan terbang Tian Jin.

No comments: