Tuesday, May 10, 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN PEMANIS 1

Jumaat (6 Mei) lalu saya berpeluang menemui murid Tahun 6 SK LKPT Pemanis 1, Segaamt. Cikgu Haji Ramlee Ramlan, Guru Besarnya yang menjemput.

Murid Tahun 6 hanya 38 orang sahaja dengan ditemani ibu bapa masing-masing. Peluang yang baik untuk saya menemui anak-anak Melayu luar bandar yang perlu dibantu, diberi sedikit pendedahan dan dibukakan minda mereka untuk mereka mengerti erti kejayaan dan kemenangan. Berserah kepada Allah.

Mereka anak-anak yang berpotensi dan dengan usaha para guru dan suntikan (perhatian) ibu bapa, saya yakin kejayaan akan menjadi milik mereka. Ibu bapa mungkin kurang memberi perhatian, hinggakan anak-anak tidak tahu menulis, membina ayat dengan baik. Bahan pembacaan mungkin kurang, ataupun jika ada, ia tidak diberi penekanan.

Facebook menjadi routin harian anak-anak kita. Sehari dua selepas program, saya dapat panggilan untuk 'add' beberapa nama anak-anak kita dari SK LKPT Pemanis 1. wah hebat begitu, kan.

No comments: