Tuesday, May 10, 2011

SUKAN PRA SEKOLAH

Sejak seminggu sebelumnya, Ibrahim mengingatkan saya untuk menghantarnya ke sukan pra sekolah. Hampir setiap hari.

Awal pagi Sabtu (7 Mei), Ibrahim bertemankan Nuha ke SK Tenang Station untuk sukan pra sekolah. Tidak banyak acara dapat dipertandingkan, namun oleh kerana banyak penyertaan daripada sekolah, acara berlangsung agak lama.

Ibrahim mengambil bahagian lari berganti 4x50M dan tidak mendapat apa-apa tempat pada sesi saringan. Namun berpeluh juga dia menyudahkan tugasannya. Saya pasti dia gembira dan teruja dengan penyertaan seperti ini.

No comments: