Wednesday, June 15, 2011

KAFETERIA BARU YANG BAKAL DIBUKA



INI FOTO TERBARU kafeteria yang bakal dibuka di UiTM Johor. Diusahakan oleh pihak luar dengan pembiayaan sendiri, disewakan tapak untuk pengoperasian dan kelaknya akan menjadi hak milik UiTM; itulah idea kita untuk memberi kemudahan kepada warga UiTM Johor dari segi kemudahan tempat makan.

Sejak awal minggu pendaftaran sesi Mei, masalah tempat makan menjadi isu utama. Beberapa kafeteria ditutup bagi pengubahsuaian dan beberapa lokasi sahaja yang beroperasi. Diharapkan dengan pembukaan kafeteria baru ini, masalah tempat makan pelajar dan staf akan dapat diatasi.

Tahniah kepada Rektor kita.

1 comment:

Pemburu Cinta Agung said...

salam prof...mahal la makanan kat situ..semalam saya beli nasi putih tak sampai separuh, ikan bilis sikit n ayam gorang kecik seketul=RM3...tu duit kawan saya, kami belikan untuk anak kucing yang patah kaki dekat PI...sian dia tak dapat bergerak...menggeletar kelaparan...