Thursday, June 16, 2011

PROGRAM 'JOM PUBLISH' UiTM CAW JOHOR

Kekurangan bahan penerbitan kalangan pensyarah UiTM Johor khasnya dalam jurnal berwasit amat ketara. Kita tidak kurang kepakaran, tetapi mungkin kerana saluran dan maklumat penerbitan berkenaan yang menjadi punca masalah.

BPJI akan menganjurkan bengkel berkenaan dengan bantuan Prof Dr Hj Kamaruzaman Jusuff dari UPM pada 29 Jun - 1 Julai di UiTM Johor.

Peserta dimestikan telah mempunyai bahan untuk diterbitkan untuk dimurnikan dalam bengkel berkenaan.

Saya amat berharap ia dapat membuahkan hasil yang baik dalam penerbitan kalangan pensyarah UiTM Johor.

Selamat berbengkel.

No comments: