Wednesday, June 1, 2011

MINGGU PERTAMA KULIAH

MINGGU PERTAMA KULIAH. Pelajar Diploma telah masuk dan minggu pertama perkuliahan bermula.

Isnin dimulakan dengan MPE.

Selasa meraikan PM Yusri yang telah tamat jawatannya sebagai Timbalan Rektor Akademik. Tentunya pengalaman beliau luar biasa, bukan sekadar Timbalan Rektor malah juga pengalaman memangku tugas Pengarah/Rektor hampir 10 bulan lebih bermakna kepada kerjayanya. Tahniah dan terima kasih PM Yusri.

Petangnya sesi Audit Dalaman Kewangan. Jangan permudahkan urusan kewangan terutamanya soal membuat cortasion kepada projek yang diluluskan.

Untuk lebih selamat, banyak urusetia di UiTM kita lantik orang Bendahari sebagai AJK untuk melancarkan urusan kewangan kita.

No comments: