Wednesday, June 1, 2011

KULIAH SESI MEI - SEPT 2011

Lapan jam kuliah. Itu yang diberikan kepada saya. Kursus CTU 151 dan CTU 211 (kursus baru yang saya dapat pelajar Diploma Sains Quantitatif) dengan jadualnya Selasa dan Rabu dari 8 - 12 tengah hari. Kebiasaannya bagi pensyarah UiTM, 16 - 18 jam pengajaran adalah normal. Malah tidak kurang yang mengajar 20 - 24 jam seminggu. Itulah beban yang ditanggung selain daripada mengadakan penyelidikan, penulisan dan kerja sosial lain yang berkaitan dengan universiti.

UiTM amat istimewa. Ia sebuah universiti yang memberi penekanan pada pengajaran dan pembelajaran; face to face with student. Namun penulisan dan kajian juga diberi penekanan tersendiri.

Manusia bekerja mengikut kebiasaannya. Walaupun berat beban pengajaran, ramai juga kalangan pensyarah kita yang berupaya menjalankan kajian, mendapat geran penyelidikan yang hebat dan menjadi pakar rujuk universiti lain. Kebiasaan kita terbeban dengan tugas yang berat, tidak menghalang untuk melakukan kerja luar biasa lain yang mungkin orang biasa tidak termampu melakukakannya. Di sinilah letaknya kehebatan kita.

Hari ini dan semalam hari yang paling baik buat saya. Kelas bermula dan saya memberikan tugasan pada pertemuan pertama ini, memberikan tajuk assigment; tugasan hafazan (jika ada) dan tentatif tarikhnya. Saya harap pelajar kali ini lebih bersemangat untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Dibuat sebaiknya.

Kepada anak-anakku, selamat belajar dan berusaha untuk kemajuan diri sendiri. JIHAD.

1 comment: