Friday, June 24, 2011

TARIK TALI DENGAN ANAK REMAJA- TIADA YANG MENANG

Saya berikan tajuk itu pada sesi ceramah (pembentangan power point) bersama-sama ibu bapa dan pelajar di SMK Pemanis, Segamat semperna Motivasi Keibubapaan dan Hari Terbuka Sekolah.

Mendidik anak remaja punyai skil tersendiri. Saya sendiri belum pasti adakah bentuk pendidikan yang diberi memberi impak yang baik atau tidak, akan menghasilkan produk yang terbaik atau sebaliknya, nauzubillah.

Anak remaja lazimnya tidak boleh selalu kita berada pada situasi 'menang', dai juga begitu. Elok kalau kita sama-sama menang. Keberdampingan dengan anak remaja adalah titik utama yang perlu dikuasai sebaiknya sebelum kita mengharapkan mereka boleh berkongsi suka duka mereka kepada kita.

Begitu juga tabiat beleter, mungkin kepada anak kecil ia tidak menjadi hal. Tetapi kepada anak remaja, si ibu perlu mengurangkan 'leteran', lantas berubah menjadi pendengar yang baik. Anak remaja menyenangi rakan sebaya kerana mereka percaya rakan sebaya boleh memahami dan mendengar kisah kesah mereka. Tidak pada ibu mahupun bapa.

Tidak sesukar mana untuk mendekati anak remaja, namun tidak pula terlalu enteng. walau apapun, kita masih ada TUHAN, ALLAH yang terbaik untuk menentukan hala tuju dan kelangsungan anak-anak kita.

Itu antara yang saya dapat kongsikan dengan anak-anak dan ibu bapa di SMK Pemanis.

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

Anak remaja sekarang kuat2 :-)










-------------------------------------------------------------------
Siapa Rosakkan Rakyat? - TV Porno boleh. Akhbar Porno boleh. Perhimpunan Bersih tak boleh - Memang pemimpin2 BN bodoh dan tolol2
http://facebook-1malaysia.blogspot.com/
http://blog1malaysia.blogspot.com/