Thursday, August 25, 2011

BERAKHIRNYA IID 2011

Alhamdulillah IID 2011 berlangsung dengan jayanya dengan 79 booth dibuka untuk pameran dan perkongsian idea. tahniah kepada urusetia dan peserta yang mengambil bahagian.

Saya menang satu perak dan satu gangsa sahaja. Perak utk projek BOT Medan Siswa Naib Canselor dan gangsa utk projek pelajar; Golden Mung Been. Tahniah kepada anak-anak yang berani mencuba. Nampak mereka amat gembira dan teruja dapat menyertai buat kali pertama.

Minggu terakhir Ramadan lebih banyak dengan aktiviti khatam al-Quran dan majlis berbuka puasa. Semalam CITU menganjurkannya dengan lebih meriah, tenang dan seronok. Terasa keakraban sesama kita dan keluarga terjalin. Tahniah.

Malam ini di SMK Seri Kenangan diadakan majlis khatam quran hingga ke akhirnya solat tarawih. Sudah dua kali saya mengimamkan jemaah pelajar SUKSESS. Mereka tu baik, tapi komen saya diaorang suka gosip... gosip apa ya? tak lah.. suka bercakap. Lepas beri salam sahaja, terus bising... bila takbir pula.. diam..

Selamat hari raya utk semua, mohon keampunan dan kemaafan

No comments: