Wednesday, August 17, 2011

PROF MADYA DR HARIRI


Dr Hariri dijemput sbg Ketua Juri IID UiTM Johor 2011. Ketika dipelawa, beliau spontan mengatakan 'Ya' untuk datang ke Johor. Semacam tidak percaya cara beliau menerima jemputan kami. Terasa mudahnya Allah temukan jodoh kami.

Dia sahabat saya semasa bertemu dalam Induksi UiTM tahun 1993 dahulu. Kenangan lama..

Saya agak kalut petang tadi, bersiap sedia untuk raptai perasmian IID pada Khamis ini. Mahu pula uruskan bahan-bahan pameran yang belum siap, datang pula Hj Nor nak uruskan kebun di Bukit Tanah Merah dan mengambil anak pulang sekolah petang.

Saya mempelawa Dr Hariri berbuka pausa bersama; berbuka di surau! Alhamdulillah, dia setuju. Subhanallah. Saya jemputnya berbuka puasa di Surau Taman Yayasan, dan murah pula rezeki kami petang ini. Nasi biryani, mi dan kuih muih banyak pula terhidang.

Solat Maghrib dan pulang ke rumah sebentar sebelum Isyak dan tawarih berjemaah. Beliau sudi pula memberi tazkirah kepada jemaah. Alhamdulillah. Syukurnya saya mendapat sahabat seperti ini. tazkirah ringkasnya amat bermakna kepada kami. Saya kira semua jemaah mengerti dan tersentuh dengan tazkirah ringkas sepertinya. (Teringat kpd Prof MKI)

Moreh dan saya hantarnya pulang ke hotel.

Mulanya saya risau bagaimana hendak melayan Dr Hariri, tetapi Allah berikan saya seorang sahabat yang .... cukup untuk menyentuh rasa dan YA Allah, aku bersyukur kepada-MU. Alhamdulillah.

No comments: