Thursday, August 11, 2011

THE LAST WORDS FROM PROF MKI

Salam sejahtera,

Kami mendoakan seluruh warga UiTM dirahmati Allah sentiasa.

Mulai 1hb September, kami - saya dan isteri - akan menamatkan perkhidmatan sebagai pensyarah UiTM kerana bersara pilihan. Bagaimanapun, kami akan bercuti sebelum bersara dan ini merupakan minggu terakhir bertugas di UiTM.

Sehubungan dengan itu kami ingin memohon ampun dan maaf jika ada kesilapan dan kesalahan sepanjang tempoh perkhidmatan di UiTM. Mudah-mudahan kita semua diampun ALLAH.

Saya akan memulakan perkhidmatan sebagai Profesor Perakaunan di Universiti Taibah, Madinah mulai 7hb September. Jika ada di antara tuan-tuan dan puan-puan yang berkunjung ke Madinah, sudi-sudilah menziarah kami di sana.

Mungkin rumah kami kecil tetapi hati kami besar untuk menerima kedatangan tuan-tuan dan puan-puan semua.

InsyaAllah, ikatan persaudaraan tidak akan terputus di atas persaraan kami berdua.

Muhd Kamil Ibrahim


Inilah email yang kami terima drp Prof.. selamat berpisah..

*Kelamarin saya tengok signage untuk Rumah PERKIM, masih belum siap. Jumaat petang baru boleh pasang... Rumah PERKIM adalah rumah Prof & Puan Roza..

2 comments:

An Najwa said...

Tahniah ustaz! doakan kejayaan kami di sini.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Ya Allah berkatilah kami dengan rahmat-Mu