Friday, September 30, 2011

PIBG, BUNDLE, MEETING, KELAS DAN SOLAT HAJAT..

Entah bagaimana PIBG SUKSESS dipilih mewakili Segamat ke pertandingan PIBG terbaik negeri Johor. hari ini lawatan penilai dari JPN datang ke Suksess. Saya hadir sekadar memberi sokongan atas kesungguhan guru-guru membuat persediaan. Saat-saat akhir, pastinya. Kasihan dan terima kasih CIkgu Faezah dan Ustaz Zol.

Masuk pejabat untuk kendalikan meeting hari kerjaya yang akan dilawati oleh TNC JIM kelaknya. Beberapa urusan pejabat perlu disegerakan, terutamanya untuk program MASMED yang akan berlangsung esok di Selesa, JB.

Tengahari, pulang ke rumah. Kasihan mak dan abah bersendirian menguruskan kesakitan. (abah terjatuh malam tadi kerana bergerak sendirian ke bilik air).

Alhamdulillah dapat bantuan Puan Hafizah membantu membuat sedikit rawatan kepada abah. Banyak perkara lagi yang perlu dilaluinya.

Pulang ke UiTM dan masuk kelas CTU 551. Kelasnya agak padat. Ia menarik sebenarnya... Kita perlu bijak menggunakan seluruh peluang yang ada untuk mengimarahkan kelas seperti ini pada waktu ini (petang).

Rehat seketika...

Pulang ke rumah.. maghribnya solat di SUKSESS kerana ada solat hajat PMR dan SPM. Terima kasih Sdr Halid - Pak Jang - yang memberi semangat dan bimbingan kepada pelajar di surau. Majlis berjalan lancar.

Pulang ke rumah jam 10, singgah dengna Shida di rumah Kak Pah, jiran di pangkal jalan. Kak Pah buat open house. Minum kopi sedap, kopi tumbuk sendiri dari Kedah.

Di rumah routin harian sebelum tidur; berkemas itu ini sebelum rehat... Esok hari Jumaat, kena jaga elok-elok.

No comments: