Friday, September 30, 2011

UiTM Shah Alam dan Abah

Awal pagi Rabu ke Shah Alam. Ikuti ceramah anjuran CITU tentang undang-undang Islam di Malaysia. Harapan besar mahu bertemu penceramah Tn Hj Naser Disa namun tidak kesampaian kerana digantikan oleh staf daripada jabatannya sendiri. Sibuk dengan tanggungjawab yang terlebih utama, tentunya.

Petangnya mesyuarat dengan Dato' VC khasnya berkaitan dengan UiTM Holding dan perkembangannya masa kini ke arah menjadikan UiTM mempunyai dana dan peluang perniagaan sendiri.

Ke RMI dan JIM bagi pendaftaran projek Anugerah Jaringan Industri.. sehingga ofis ditutup berjumpa Puan Che As, bertanya khabar JIM UiTM...

Pulang ke Segamat agak lewat. Beraya dengan Shida di rumah Mama Sara di Batu Anam dan pulang kepenatan di rumah.

Abah yang masih di HUKM akan dibawa keluar dan terus datang ke Segamat pada malam ini juga. Mereka sampai jam 1.30 pagi, kasihan tersesat di sana sini sebelum sampai. Tok Uban hadir sekali menemani abang Ripin.

Abah akan berada di sini bersama mak. Alhamdulillah inilah peluang kami untuk berbakti kepada mereka. Riasu sendiri takut-takut tindakan dan gerak laku kita akan menyinggung perasaan mereka. Kasihan mak yang kepenatan menjaga abah. Kasihan abah yang kurus kering menanggung kesakitan.

Ya Allah... Ya al-Bari...

No comments: