Wednesday, November 16, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR BARU (DIPLOMA)

Selamat mendaftar kepada pelajar baru di UiTM Johor. Dijangkakan seramai 500 pelajar akan mendaftar pada sesi ini. Mereka terus mendaftar di asrama masing-masing dan petang nanti baharulah bermula program Minggu Destini Siswa selama lima hari.

Seorang pelajar perlukan kesungguhan dan semangat dalaman yang tinggi untuk berjaya. Bukan soal wang ringgit, bukan soal kemudahan dan peralatan, tetapi yang utama ialah sikap dan kesungguhan peribadi.

Itu yang dapat saya suntikkan kepada seorang pelajar yang ditemui pada sesi pendaftaran di Kolej Siswa pagi tadi..

UiTM menyediakan peluang pendidikan yang terbuka luas kepada semua pelajar kita.. Sebuah universiti yang besar masih juga memberi peluang pendidikan kepada pra-u, khasnya kepada mereka yang kurang berkemampuan dan tidak layak ke IPT lain... Rebutlah peluang utk kita belajar seumur hidup.

Tahniah dan selamat belajar kepada anak-anak bangsaku.

No comments: