Thursday, October 29, 2015

LANGIT PECAH, BUMI TERBELAH DAN GUNUNG GANANG RANAP

Tadarus pagi tadi, kami membaca muka terakhir surah Maryam. Ayat 90 - 92 antara ayat yang kami bincangkan, berkenaan kenyataan Allah bahawa langit bumi dan gunung ganang hampir musnah akibat daripada mereka yang mensyirikkan Allah.

Ayat ini boleh dikaitkan dengan tragedi besar yang lazimnya berlaku pada penghujung tahun; berdekatan dengan tarikh 25 Disember ketika mana umat Kristian mendewakan Tuhan Anak (JESUS) dikatakan lahir pada hari berkenaan. Menduakan Allah atau mewujudkan Anak Allah adalah kepercayaan mungkar yang terbesar dan menimbulkan kemurkaan Allah.

Akibat daripada itu ialah Allah menurunkan bala melalui kemusnahan alam seperti banjir besar, thunami, gunung berapi dan berbagai musibah lagi. Bukankah hal ini telah Allah jelaskan dalam tiga ayat dari surah Maryam.

تَڪَادُ ٱلسَّمَـٰوَٲتُ يَتَفَطَّرۡنَ مِنۡهُ وَتَنشَقُّ ٱلۡأَرۡضُ وَتَخِرُّ ٱلۡجِبَالُ هَدًّا (٩٠) أَن دَعَوۡاْ لِلرَّحۡمَـٰنِ وَلَدً۬ا (٩١) وَمَا يَنۢبَغِى لِلرَّحۡمَـٰنِ أَن يَتَّخِذَ وَلَدًا (٩٢



Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, - [90] Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. [91] Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak. [92)

Maryam 19:90~92.

Kita mohon perlindungan Allah daripada kecelakaan yang bakal mendatang bertimpa-timpa.

No comments: