Monday, October 26, 2015

PESANAN KEPADA PEMANDU WANITA

Wahai pemandu wanita, tindakan kalian banyak kali mengundang bahaya dan menimbulkan kemarahan pemandu lain. Usah disalahkan pemandu lain tidak sabar, tetapi ada kalanya ia berpunca daripada kita sendiri. Perhatikanlah situasi ini;

1. Kalau sudah senja atau memandu pada limun pagi, pasanglah lampu. Lampu kereta tak kena dibayar bilnya, pasanglah untuk keselamatan anda. Jika benar pun anda nampak pemandu di hadapan, mungkin juga pemandu lain tidak dapat melihat kereta My-V anda yang hitam pekat itu. 

2. Menjadi pemandu kenalah tahu menggunakan lampu tinggi (hi-beam) dan lampu rendah. Apabila di hadapan anda ada kenderaan, kenalah turunkan lampu tinggi, gunakan lampu rendah. Usah mengganggu pemandu di hadapan anda

3. Memandulah mengikut kelajuan trafik. Jika kenderaan anda merangkak di jalan raya tentunya pemandu di belakang akan marah, lebih-lebih lagi pada jalan selorong yang sukar hendak dipotong. Lajulah sikit mengikuti kenderaan di hadapan anda, usah biarkan anda yang menjadi 'kepala' kenderaan lain di belakang anda beberapa kilometer!

4. Posisi kenderaan anda hendaklah berada di tengah-tengah jalan, usah terlalu ke tepi (hampir jatuh parit) atau ke tengah melanggar garisan putih. Jika terlalu ke tepi, pemandu di belakang akan memotong anda dalam keadaan bahaya, membahayakan diri anda apabila anda terpaksa mengelak kereta yang memotong anda. Jika terlalu ke tengah, faham-fahamlah sendiri. 

5. Sudah pandai pakai kereta sendiri, kenalah pandai mengisi minyak sendiri. Usah dipandu kereta kehabisan minyak balik ke rumah dan mintakan suami tolong isikan. Suami mana tak baran kalau kena drive kereta semata-mata ke stesyen minyak!

6. Belajarlah sikit selok belok kereta. Tahu punat wiper untuk mengatasi hujan, tahu nak adjust kerusi pemandu ke hadapan atau ke belakang, tahu punat signel kiri atau kanan, tahu nak pam angin tayar, tahu sikit bila ada lampu engen menyala menunjukkan ia perlu diservic. 

7. Usah terlalu mengikut buku. Buku jadual servis perlu dipatuhi tetapi tidaklah sampai sahaja tarikhnya atau perbatuannya, maka kereta tidak boleh digunakan lagi. Tersadai menunggu servis. Panduan itu difahami 5000 KM perlu diservis tetapi tidaklah tidak boleh lebih 100KM terus dimatikan kereta di bawah garaj. Melampaulah tu.

8. Sebelum mematikan engin, pastikan semua suiz ditutup, terutamanya suiz lampu. Ia sering kali terbiar dan memakan bateri kereta yang akhirnya menyusahkan anda juga.

9. Kunci kenderaan anda dengan selamat, pastikan kunci di dalam tangan anda atau di dalam beg anda sebelum ditekan punat kunci (bagi kenderaan lama). Sering terjadi kunci tertinggal di dalam kereta sedangkan tangan anda telah menekan punat kunci di pintu kereta dan sekali lagi kereta anda kena dikorek...

Dan nasihat kepada pemandu lelaki.. (JIKA ADA laa)

No comments: