Monday, February 6, 2017

CERMIN MATA BULAT

Cermin mata bulat lagi bergelang hitam yang menampakkan real bulatnya. Itulah cermin mata yang saya pakai.

Tidak pernah terfikir bahawa cermin mata boleh mempengaruhi perubahan wajah seseorang. Saya bukan seorang pelakon, bukan seorang artis yang mahu menggayakan itu dan itu. Bagi saya, pakailah apa sahaja yang mudah dan capai matlamatnya. (Cermin mata untuk atasi rabun jauh. Itulah matlamat saya)

Bila mana sudah bergaya dengan cermin mata bulat, baharulah disedarlah oleh teguran rakan taulan. Kata mereka, macam Herry Potter, nampak lain, anggun, dan lain-lain komen yang semacam pelik dan ajaib.

Saya terfikir begini sahaja; jika bercermin mata bulat pun orang boleh beritu dan ini, manakan pula jika kita melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan, tentunya kata itu dan ini akan terlebih panjang.

Usah digusarkan dengan itu dan ini, kerana itu dan ini adalah asam garam kehidupan kita. Mereka tidak bersalah, kita juga tidak bersalah.. cuma itulah realiti kehidupan. Usah dipersalahkan sesiapa.

tk

No comments: