Thursday, March 23, 2017

SIA-SIAKAN WAKTU KEBERSAMAAN

Waktu kebersamaan sesama kita tidaklah lama, tidaklah panjang. Suami dengan isteri, sesama rakan, anak-anak dan ibu bapa, malah sesiapa sahaja jika diperhatikan pastilah kita sedar waktu kebersamaan itu sebenarnya tidaklah lama.

Jika dalam tempoh perjalanan memakan masa enam jam, apa yang berlaku dan dilakukan dalam tempoh berkenaan? Jika enam jam itu dipenuhi dengan senda gurau dan hubungan yang baik, maka tentunya ia lebih berfaedah. Jika enam jam itu dihabiskan dengan dendam dan marah, maka ia akan berakhir di situ sahaja. Enam jam itu menjadi sia-sia dan tidak berharga.

Biarpun seorang sahabat hanya sempat bertemu tiga jam sahaja, tetapi tiga jam itu dimanfaatkan sebaiknya, maka alangkah manis dan indahnya saat pertemuan itu. Tetapi bayangkan jika pertemuan tiga jam itu diungkitkan peristiwa hitam dan dilepaskan nafsu marah dan kebencian, maka hubungan itu akan sia-sia sebegitu sahaja.

Ketika Allah memberikan ruang, usah dibuang nikmat waktu kebersamaan itu, seperti juga usah dipersalahkan seseorang atas kesuntukan waktunya, atas kelapangan waktunya, ia semua milik Allah.

Faham dan mengertilah untuk tidak kita sia-siakan waktu kebersamaan yang Allah berikan kepada kita.

Faham?


No comments: