Saturday, May 27, 2017

ALLAH MASIH MAHU MEMBERI RUANG MENGHAYATI RAMADAN KALI INI

Benar. Benar Allah masih mengizinkan kepada kita menjejakkan kaki berada pada bulan Ramadan yang mulia ini. Allah masih memberi ruang untuk kita merayakan kelebihan Ramadan kali ini dengan berpuasa, bertarawih, bertadarus, iftar berjemaah, makan makanan yang banyak dan berbagai jenis, malah bertemu kawan rakan yang jarang kita temui.

Ini sebahagian kecil nikmat Ramadan yang Allah sediakan kepada kita. Di sebalik kemuliaan Ramadan itu, entah apa lagi rahasia yang tidak diungkap akan kelebihannya. Bukan sekadar pahala berganda-ganda, bukan sekadar nikmat iman yang tenang dan segar, malah entah apa lagi yang Allah mahu berikan kepada kita.

Syukurilah dengan nikmat Ramadan yang terbentang di hadapan kita.

Terima kasih Allah...

Rakan baik kita, Prof Dr Joni Tamkin telah kembali sesegera sebelum tibanya Ramadan. Sesegera tanpa ada tanda-tanda kecil pun akan tiba masanya untuk pergi, tetapi beliau telah pergi... Sedangkan kita Allah masih panjangkan usianya ini untuk kita hadapi Ramadan yang mulia...

Bukankah ini satu lagi nikmat yang sengaja Allah bentangkan kepada kita?

Prof Joni insan terbaik di sisi Allah, dia terbaik di sisi kami.. kami bermohon keampunan dan keredaan Mu pada arwah untuk Kau lapangkan kubur persemadiannya. Ya Allah, kau temukan kami kembali di syurga firdausi Mu yang mulia dengan beliau bersama dengan kekasih kami Nabi Muhammad s.a.w.

Allah..

No comments: