Thursday, June 1, 2017

NOTA KECIL AYAH 1 (HAJI YAAKOB HAJI YASIN 21 DISEMBER 1978)



Aku tidak pasti bila buku kecil ini aku simpan sebagai khazanah berharga daripada arwah Ayahku, Tuan Haji Yaakob bin Haji Yasin (1978). 

Mungkin usiaku 16 tahun ketika aku membelek almari kitab milik Ayah. Almari kitab ini penuh dengan kitab-kitab yang Ayah baca, sama ada ayah membacanya untuk mengajar, mahupun ketika dia belajar di Mekah dahulu. Ada juga kitab-kitab yang dibeli untuk kegunaan peribadi seperti kitab ‘Hukum Jimak” dan kitab ‘Tajul Muluk”.

Aku tidak pasti.


Sebuah buku catatan kecil berwarna hitam milik ayah, kutemui. Tidak banyak yang Ayah catatkan selain maklumat tarikh lahir dan beberapa tarikh penting yang dilaluinya. 

Lama aku menyimpan nota kecil ini. Lebih 45 tahun rasanya. Bayangkan daripada aku berpindah randah dari Kolej Islam Kelang, UKM Bangi, Kuala Lumpur, UiTM Sabah, dan akhirnya bermukim di Segamat, Johor. 

Dan tiba hari ini aku berazam untuk melihat apa yang tersurat di sebalik catatan seroang imam dan tok guru pondok yang banyak berhubung dengan orang luar. 

Pada muka satu dicatatkan; 
________________________________
NO 20 
MUSTOFA IC NO 4709363
TARIKH BERANAK 13.11.54
BERSAMAAN 17.3.73
MASUK SEKOLAH MAKTAB MAHMUD 
PADA 8.10.86 BERSAMAAN 
PADA 19.1.67

 78
-61
13

(NOMBOR) (22) 

DUIT ABDULLAH 
74370
3.70
__________________________________

Ulasan: Mustofa, abang lelaki sulung Ayah catatkan tarikh lahir Hijriyah dan Masihi yang lengkap. Nombor Kad Pengenalannya juga lengkap, masuk belajar di Maktab Mahmud pada 19 Januari 1967. 

Catatan nombor adalah perkiraan umur Abang Johari dan Kakak Aisyah; 1978 - 1961 = 13 tahun. Umur mereka ialah 13 tahun pada Ayah mencatatkan kiraan ini. Ini bermakna Ayah mencongak kira pada tahun kematiannya (1978) akan umur anak-anak Ayah. Pada catatan sebelahnya dicongakkan juga umur Abang Mustofa (78 - 54 = 24).  

Duit Abdullah mungkin juga Abdullah (Abdullah Keling ?) yang meminjam duit Ayah atau mungkin juga upah kepada Abdullah yang membersihkan dusun atau kerjaan lainnya. 

No comments: