Sunday, May 14, 2017

KHABAR BUAT IBU - ALLEYCATS

Selamat hari ibu buat semua wanita yang bergelar ibu. Kemuliaan dan harga dirimu tiada terbanding pada kerelaan kasih menumpangkan kami pada rahimmu selama sembilan bulan, pada titisan susu kasihmu yang membesarkan kami..

Ini sebahagian ungkapan kasih kepada ibu yang Alleycats persembahkan.

Ia dilihat dari sudut lain, pada sudut percintaan Adam Hawa dan dikaitkan dengan kasih ibu dan bapa yang tiada penghujungnya.

Iramanya tenang dan sederhana, lunak dan membuai. Tidaklah pula penulis ketahui siapa pembikin lagu indah ini, barangkali M Nasir atau entah siapa-siapa sahaja.


Kehadapan ibuku yang sangat kucintai
Dengarlah khabar ini
tentang calon menantu
Orangnya sederhana tidak berlebihan
Tapi cergas serta pintar
Dan dia akan membantumu
dalam urusan seharian

Usahlah engkau bimbang tentang cinta kami
Kami telah berjanji akan saling menghormati
Harap ibukan taburkan beras kunyit
Di depan halaman rumah
Menyambut kepulangan kami berdua oh ibuku

Ku mencintainya seperti ayah mencintaimu
Dan dia mencintaiku seperti kau cintakan ayah

No comments: