Friday, March 31, 2017

AMANAH

Apabila tajuk khutbah AMANAH, terasa gusar mahu membacanya. Bukan apa, kerana amanah itu terlalu berat untuk kita bawa. Allah tahu manusia itu lemah, tetapi atas kelemahan dan ada sedikit kekuatan itulah Allah anugerahkan amanah kepada manusia.

Amanah ada pada setiap waktu dan keadaan dalam hidup insan. Amanah sebagai seorang bapa, seorang anak, seorang guru, seorang petani, seorang ketua, seorang ibu dan atas apa jua posisi, amanah itu sering berantaian tanpa putus di pundak bahu kita.

Jangan ringankan amanah ALLAH, jangan ringankan amanah RASUL kerana itulah yang utama kita sempurnakan. Amanah kepada makhluk juga terlalu banyak, pada amar makruf dan nahi mungkar, pada kewajipan keluarga dan kewajipan tugasan, semuanya adalah amanah.

Malah pada setiap anggota badan kita juga ada amanahnya, ada amanah yang perlu dibereskan.

"Sesungguhnya pada pendengaran kamu, penglihatan kamu, dan hati kamu semuanya akan dipertanggungjawabkan" (Maksud al-Quran)

Cuma selepas ini saya khawatir tajuk AMANAH akan ditiadakan lagi di atas pentas khutbah kerana ada pula parti yang mengambil nama ini sebagai iconya...

he he AMANAH...

1 comment:

admin said...

singgah sini :)
salam jumaat