Wednesday, June 7, 2017

NOTA KECIL AYAH (7)


_________________________________________________________

DOA INI MAHA BESAR PAHALANYA DAN BANYAK FAEDAH
JIKA KITA HENDAK TIDUR DIBACA TIGA KALI
NESCAYA TERPELIHARA DARIPADA PENCURI

BISMILLAHIRRAHANIRRAHIM

(DOA)


BUAT AIR SAFAR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

SALAMUN QAULAN MIN RABBRIRAHIM
SALAMUN ALA NUHIN FIL ALAMIN
SALAMUN ALA IBRAHIM
SALAMUN ALA MUSA WA HARUN

________________________________________________________

Ulasan:


Ini adalah doa untuk keselamatan rumah daripada pencuri, keselamatan harta benda. Penulis tidak pasti dari mana Ayah mengambil doa ini, ia tidak dicatatkan.

Doa Air Safar adalah tradisi Melayu yang pada ketika itu masih kuat mempercayai bulan Safar sebagai 'bulan sial' atau bulan tidak baik untuk memulakan aktiviti yang  besar. KEnduri kendara, perkahwinan, membina rumah, bermusafir dll, ia tidak dimulakan pada bulan Safar.

Selain kepercayaan di atas, orang Melayu percaya air yang didoakan oleh TOk Guru boleh menyelamatkan bala yang ada pada bulan Safar. Oleh itu, doa khas ini dikarang ulama sebagai amalan mereka.



_____________________________________________________________

SALAMUN ALA ILYAASIN
SALAMUN ALAIKUM TIBTUM FADKHULUHA KHALIDIN
SALAMUN HIYA HATTA MATLAIN FAJR

ZIKIR KEPADA
SAUD BIN ISMAIL

ABDUL MUKTI BIN MUHAMAD KU SYEIKH ABDUL GHANI MURAD
MEKAH AL-MUSYARRAFAH

AHMAD BIN HAJI ABDUL RAHMAN SYEIKH JAMAL ZABIDI

____________________________________________________________


Ulasan:

Muka surat ini adalah sambungan kepada Buat Air Safar dengan tiga lagi bait 'salamun' hingga ke akhir ayatnya.

'ZIKIR KEPADA SAUD BIN ISMAIL'; Pada perkiraan saya, doa air safar ini diambil daripada Saud bin Ismail. Ia mungkin satu kebarangkalian sahaja. Saya tidak pasti siapakah penama Saud bin Ismail ini.


Nama dua orang tokoh yang Ayah tulis; Abdul Mukti dan Ahmad Jamal Zabidi adalah dua orang syeikh yang menguruskan jemaah haji di Mekah pada ketika itu. Rata-rata jemaah haji dari Kedah dan utara akan menunaikan haji melalui syeikh berkenaan yang berpengalaman dalam urusan haji.

Pada ketika ini, transisi pengurusan haji daripada SYEIKH kepada Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) baru terjadi dan nama-nama Syeikh masih diperlukan oleh para jemaah haji.



No comments: