Thursday, June 1, 2017

NOTA KECIL AYAH 3


_____________________________________________________
NAMA BUDAK-BUDAK BETONG

MAHMUD BIN JAIZ
HAMID BIN HARUN
ZUBAIR ISMAIL
JURAT BIN TOHA
SOBARI BIN YA'KOB

TANAM GETAH SEMULA DI BUKIT SIRING
PADA 17-10-71 bersamaan
BERSAMAAN PADA 27-8-91

MAT AKHIR
DUIT 2.00
           6.00
_____________________________________________________

ULASAN:

Lima nama budak Betong dicatatkan Ayah kerana mereka adalah generasi pertama bersekolah di Pondok yang jauh datangnya dari Betong, Jeneri, Kelima-lima anak Betong ini memang dikenali warga Pondok sebagai anak angkat kami dan Pak Teh yang menyekolahkan mereka. Dengan adanya anak-anak ini, hubungan kekeluargaan kami dengan penduduk Betong menjadi erat, walaupun jauh perjalanannya pada ketika itu.

Duit Mat Akhir adalah duit hasil jualan getah. Kebun getah di tepi Pondok diusahakan Mat Akhir anak beranak dan hasilnya dibahagi dua antara Ayah dan pengusaha. Getah pada ketika ini dikeringkan dalam bentuk kepingan sebelum dijual. Ia memerlukan pembekuan di dalam tin-tin minyak tanah, sebelum dilenyek dan digolek dengan mesin penipis getah dan akhir sekali dikitarkan pula dengan mesin berbunga (berlorek) sebelum dijemur.

Mat Akhir dan anak beranaknya banyak membantu kami, terutamanya anaknya si Mat yang Bisu (Mat Bisu) menguruskan kebun getah, kelapa dan sawah bendang.


No comments: