Thursday, June 1, 2017

NOTA KECIL AYAH 4


______________________________________________________

INI DOA DIBACA PADA ANAK BATU DI PADANG ARAFAH
TUJUH BIJI KEMUDIAN KITA TANAM DI SITU

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM

(Bermaksud; Wahai batu-batu, bersaksilah kamu bahawa aku telah bersaksikan - bersyahadah - bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bersaksikan Muhammad itu pesuruh Allah.

PADA KITAB JAUHAR AL-MAUHUB NOMBOR 18

INI DOA NABI KHIDIR

BISMILLAHI MASYA ALLAH
BISMILLAH ALLAHUMMA

______________________________________________________

ULASAN:

Amalan para jemaah haji dahulu ialah mengutip anak batu dan bersaksikan dengan batu berkenaan akan persaksian Lailahaillah dan Muhammad Rasulullah, sebelum batu-batu itu ditanam di Padang Arafah. Mungkin ia atas kepercayaa bahawa batu-batu ini akan menjadi saksi atas pengakuan syahadah yang dilafazkan.

Amalan ini diambil daripada kitab Jauhar Al-Mauhub yang dibaca oleh Pak Teh dan Ayah sendiri untuk kuliah pengajian di Pondok.

Persaksian syahadah adalah memadai dengan persaksian manusia, tidaklah perlukan batu sebagai saksi. Cuma jika kes terpencil tiada lagi orang sebagai saksi, bolehlah bersaksikan batu, pokok dan sebagainya. Perkara seperti ini tidak perlu sebenarnya kerana Allah itu bersifat MAHA TAHU keimanan dan keyakinan hamba-hamba-Nya.


DOA Nabi Khidir itu tidak siap disalin. Saya tidak pasti apakah doa yang dimaksudkan. Mungkin pada kesempatan lain dapat diteliti.



No comments: