Wednesday, August 2, 2017

NOTA KECIL AYAH 38




















_____________________________________________

(Niat solat musafir)
SAHAJA AKU SEMBAHYANG SUNAT MUSAFIR DUA RAKAAT
KERANA ALLAH TAALA

SUDAH SEMBAHYANG BACA QULHUWALLAH DAN (AL-FALAQ) DAN (AN-NAS) TIGA KALI DAN AYAT KURSI DAN (AL-QURAISYH) TIGA KALI.

KEMUDIAN BACA DOA MUSAFIR INI

(DOA MUSAFIR)
_____________________________________________

Ini adalah panduan untuk solat musafir yang Ayah rekodkan. Bacaan di dalam solat tidaklah disebutkan, sebaliknya bacaan sesudah solat ialah; Al-Ikhlas, Al-Falaq, Al-Nass, ayat Kursi dan al-Quraisyh semuanya tiga kali.

Maksud doa musafir: Ya Allah kami bermohon kepada-Mu agar jadikanlah perjalanan kami ini dilimpahi kebaikan, ketakwaan; dilimpahi kerja amal yang Engkau kasihi dan redai, Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami dan kesudahannya kelak. Ya Allah Engkaulah peneman dalam perjalanan kami, Engkaulah Khalifah (penjaga) ahli keluarga kami dan harta benda kami. Kami berlindung daripada kecelakaan perjalanan, kesusahan yang berulang-ulang, pandangan yang jelek ke atas keluarga, harta benda dan anak pinak kami.

Beberapa ejaan dan tulisan Ayah terdapat kesilapan dan ia boleh diperbetulkan mengikut tulisan Arab yang sahih.




No comments: