Sunday, August 6, 2017

NOTA KECIL AYAH 48

____________________________________________

PADA 6-11-72 ADA PERGI

KEPADA RUMAH ISA BIN NIH PADANG GELANGGANG
BERSAMA-SAMA DENGAN ISTERINYA DAN MAKCIK RI
TIKAR DAN BATA (BANTAL) ADA DAN PINGGAN LIMA BIJI
PERIUK DUA BIJI PIRING DUA BIJI DAN
GELAS KECIL 3 BIJI GELAS BESAR 1 BIJI
SIK BUK SATU

DAN PADA HARI AHAD 12-11-72
SOM BINTI NAYAN (NAYAM) ADA MARI KE RUMAH
(DAN HARI- dipotong tulisannya) DAN PADA HARI KHAMIS
16-11-72 (pada muka surat sebelah) SAYA DAN ISA DAN ZAINAB PERGI
KE RUMAH SOM HENDAK AMBIL TIADA
MARI

PADA HARI JUMAAT 17-11-72
SOM BALIK KE RUMAH ISA
PADANG GELANGGANG
________________________________

Catatan kes benar ini adalah sebahagian daripada konflik kekeluargaan yang biasa Ayah uruskan. Sebagai seorang IMAM dan JURU NIKAH, Ayah sentiasa berhadapan dengan berbagai kes rumah tangga termasuklah pernikahan, kahwin lari, perceraian, pergaduhan dalam rumah tangga, perebutan hak dan sebagainya. Hampir setiap hari rumah Ayah dikunjungi orang ramai bagi mengadu kes mereka mahupun ziarah biasa anak-anak kariah bertemu TOK GURU dan TOK IMAM.

Rumah Ayah tidak pernah kering dengan teh o dan goreng pisang, tidak pernah kosong daripada pisang dan buah-buahan pemberian anak kariah. Dan kami dapat menumpang tuah.

Kes ini terjadi di Padang Gelanggang, kariah tempat Ayah menjadi IMAM. Ia melibatkan Isa dan Som sebagai suami isteri. Ayah pergi ke rumah Isa dan dilihat itulah harta yang ada di dalam rumah mereka;

Tikar
bantal (BATA sebutan orang Kuala Nerang, sebenarnya bermaksud BANTAL)
pinggan 5 biji
piring 2 biji
periuk 2 biji
gelas kecil 3  biji
gelas besar 1 biji
SEK BOK satu (Sek bok ialah ALMARI pakaian, yang biasanya diperbuat daripada kayu)

Itulah alatan yang biasa didapati di dalam rumah kami. Kami tiada kerusi meja, tiada set sofa, tiada meja makan, tiada dapur selain dapur kayu dengan tungkunya sama ada dua tunggu atau satu sahaja.

Isnin, 6 November 1972 Ayah ke rumah Isa,
Ahad, 12 November 1972 Som datang ke rumah Ayah
Khamis, 16 November 1972 Ayah ditemani Isa dan Zainab ke rumah Som dengan tujuan HENDAK AMBIL yang TIADA MARI. (Penyelidik mengandaikan tujuan mereka ke rumah ASAL Som untuk RUJUK kembali) kerana Som TIADA KEMBALI ke rumah Isa setelah beberapa hari.

Jumaat 17 November 1972 akhirnya SOM kembali semula ke rumah Isa, suaminya.

KES SELESAI.

No comments: