Sunday, August 6, 2017

NOTA KECIL AYAH 55


____________________________________

MAHMUD BIN JAIS
JOHARI BIN TAHA
HAMID BIN HARUN
SAPIE BIN ISMAIL


MUSTOFA K. NO  4709363
TARIKH BERANAK  13-11-54


DUA PULUH ITU 12 TIANG

IBRAHIM BIN LEBAI SOLEH PADANG NYIUR
KAD 0771036

LEMBU NOMBOR TELINGA 14704

___________________________________

Catatan nama MAHMUD, JOHARI, HAMID dan SAPIE adalah nama pelajar dari Betong, Sik yang tinggal di pondok Pak Teh untuk belajar. Catatan  yang sama dalam tulisan jawi boleh didapati pada NOTA KECIL AYAH 3. Bentuk tulisan  rumi Ayah begitu unik, seni tulisannya punyai cara tersendiri.

Nombor kad pengenalan Mustofa dan tarikh lahirnya dicatatkan beberapa kali Ayah. Ia bagi memudahkan urusan harian Ayah kerana Mustofa yang belajar jauh di Alor Star lebih memudahkan rekodnya disimpan.

12 tiang adalah tiang-tiang rumah yang Ayah sedang siapkan. Rumah Ayah dibuat oleh tukang Ismail Batang Paku, seorang tukang rumah yang tidak jauh dari rumah kami.

Ibrahim bin Lebai Saleh Padang Nyiur adalah rakan sekampung dan ada hubungan kekeluargaan dengan Ayah. Penyelidik mengenalinya dengan panggilan Pak Chu Him yang selalu mengajar al-Quran di masjid dan rumahnya sendiri. Ramai anak-anak kampung yang belajar mengaji daripada tokoh ini.

Suatu ketika lembu-lembu disuntik dan dilabelkan dengan nombor telinga. Mungkin itulah sebabnya Ayah mencatatkan nombor telinga yang ada pada lembu Ayah.




No comments: