Sunday, August 6, 2017

NOTA KECIL AYAH 56


WAHAB DUIT 2.00

BAYAR DUIT UPAH TARAH KEBUN

BUKIT SIRING
MINGGU KEDUA

10.00
8.00
6.00

308 LUBANG


31 . 3 . 74
13   11  54
8      2   20


13   11    74
13   11    54
               20
_____________________________________

Barangkali Ayah memberi wang dua ringgit kepada Wahab atau boleh jadi juga Ayah berhutang dengan Wahab dua ringgit. Penyelidik mengandaikan Wahab ini adalah anak tiri Ayah, abang kepada penyelidik berlainan bapa. Wahab mengusahakan kedai runcit  yang mungkin Ayah berhutang daripada barangan yang dibeli atau boleh jadi juga Ayah memberi kepada Wahab atas tujuan tertentu.

Catatan berikutnya ialah bayaran 'TARAH KEBUN' iaitu membersihkan kawasan hutan untuk dijadikan kebun getah di Bukit Siring dengan jumlah tercatat (10 +8+6 = 24 ringgit). Sebanyak 308 anak getah akan ditanam di kebun berkenaan. Projek tanam semula getah di Bukit Siring dilakukan pada 17 Oktober 1971 seperti tercatat dalam NOTA KECIL AYAH 3.

Catatan berikutnya adalah kiraan Ayah akan umur Mustofa pada tahun 1974 mengikut tarikh lahir dan mengikut tarikh semasa (31 Mac 1974). Di sini kita dapat mengandaikan coretan Ayah ini dilakukan pada tarikh 31 Mac 1974 yang mana umur Mustofa ialah 20 tahun, dua bulan lapan hari.

No comments: