Sunday, August 6, 2017

NOTA KECIL AYAH 57





















__________________________

KIRA-KIRA ORANG NAIK KE MEKAH DARIPADA TAHUN 80

80         1380               285948
81         1381               216455
82         1382               199038
83         1383               266555
84         1384               283319
85         1385               294118
86         1386               316226
87         1387               318507
88         1388               374784
89         1389               406295
90         1390               431270


280
1    
180

120
  20 
280
1
____________________________

431270
406295
  24975

431270
406295
437465

406295
  24975
      270

140
  20
  80

20 BIRI
__________________

Dua halaman terakhir ini Ayah rekodkan jumlah jemaah haji ke Mekah sejak 1380 Hijriah sehingga 1390 Hijriah. Maklumat ini barangkali Ayah peroleh daripada akhbar UTUSAN MELAYU kerana Ayah pasti akan membeli akhbar jawi ini pada setiap kali ke Pekan Kuala Nerang.

Rekod ini melewati tempoh sepuluh tahun dari 1380 hingga 1390H (1959 - 1968 M) dengan jumlah jemaah yang saban tahun meningkat. Namun pada tahun 1382 H jumlah jemaah menurun, yang perlu dikaji latar sejarahnya.

Nombor kiraan (280 - 1 = 180) tidak dapat dipastikan kiraan sebenar Ayah. Barangkali ia tolakan (280 - 100 = 180).

Begitu juga nombor kiraan (140 x 20 = 280) tidak dipastikan. Barangkali ia darab (140 x 2 = 280). Tulisan no 1 tidak dipastikan apa tujuannya.

__________________

Halaman terakhir (pada laman kulit buku), Ayah membuat kiraan jumlah pertambahan jemaah haji pada tahun berkenaan. Contohnya diambil jemaah tahun 1390H ditolak tahun sebelumnya;

 431270
-406295
   24975
Ini bermaksud tambahan jemaah pada tahun 1390H ialah seramai 24975 orang berbanding tahun sebelumnya.

Kiraan angka ini (406295 + 24975 = 270) adalah TIDAK LENGKAP. Mungkin Ayah mahu mengiranya tetapi terhenti seketika dan terbiar tidak sempat dihitungkan. Ia adalah kira tambah yang sepatut jawapannya ialah 431270. Hanya angka 270 sahaja yang sempat dicatatkan Ayah. Kiraan ini tidak memberi apa-apa makna sekadar memastikan jumlah jemaah haji pada tahun 1390H.

Kiraan angka (140 x 20 = 80) adalah tidak lengkap. Barangkali ia adalah kiraan darab (140 x 20 = 2800), ataupun boleh jadi (140 x 2 = 280)

Tulisan terbalik itu barangkali 20 biri-biri yang dipelihara Ayah. Seingat penyelidik, bilangan biri-biri kami tidak pernah menjejak 20 ekor, hanya dalam belasan ekor sahaja. Tidak dipastikan apakah maksud coretan ringkas Ayah.


NOTA TAMBAHAN

Buku catatan Ayah ini sebenarnya tiada nombor muka surat. Ayah boleh sahaja mencatat di mana-mana muka surat tanpa perlu mengikut urutan peristiwa.

Penyelidik percaya Ayah mencatat maklumat ini dari sebelah kiri buku dan dari belah kanan buku. Ini bermaksud NOTA KECIL AYAH 57 bukannya laman terakhir, tetapi ia adalah laman pertama dibuka dari belah kiri. Laman ini digunakan helai demi helai hingga ke tengah helaian buku. Manakala NOTA KECIL AYAH 1 adalah laman pertama jika dibuka dari belah kanan. Laman ini juga digunakan helai demi helai hingga ke laman tengah buku. Oleh itu, kita dapati laman tengah buku banyak laman yang kosong dan tidak tercatat sebarang maklumat.

_______________________

PENUTUP

Alhamdulillah pada hari ini 7 Ogos 2017 saya telah dapat menyiapkan NOTA KECIL AYAH sebagai simpanan dan koleksi sejarah keluarga kami dan masyarakat pada ketika itu. Tidak banyak yang dapat dimanfaatkan, tetapi bagi pencinta sejarah dan pengkaji masyarakat ia amat berharga. Rekod Ayah adalah jujur, tanpa sebarang prajudis. Faktanya benar hanya jarak masa yang terlalu jauh untuk kita kenali penama yang disebutkan dalam catatan ini.

Kepada Allah penyelidik bermohon keampunan kepada AYAH dan KAMI semua agar Allah jadikan ia sebagai amal jariah kepada generasi muslim mendatang.

Terima kasih ALLAH, terima kasih AYAH dan terima kasih kerana kurdat dan ilmu sedikit ini yang ALLAH berikan.

___________________

NOTA BACAAN

Tulisan BOLD menunjukkan ia tidak jelas dan tidak pasti atau tidak dapat dibaca.




No comments: