Tuesday, December 23, 2008

MY BIG FAMILY

Ho bersama anak-anak
Azam, Nuha dan Atifi

(Atifi, Acher, Min; belakangnya Zaim, Afif dan Amirul)


Saya mempunyai sebuah keluarga yang agak besar dengan enam orang anak; Afif (15), Ain (13), Zaim (11), Atifi (9), Nuha (6) dan Ibrahim (3). Apabila membawa Toyota Unser, cukup muat semua anak-anak sendiri sahaja. Dengan gelagat 6 orang anak tentunya berbagai ragam dan karenah yang ditunjukkan. Ada yang pemarah, cepat melenting, ada yang asyik nangis, ada yang sabar, ada yang celotehnya lebih dan berbagai ragam lagi.

Kami juga memiliki ahli keluarga yang cukup semua; ada yang kurus, ada yang tinggi, ada yang pendek, dan ada yang debab. Seronok juga bila direnungkan kelebihan setiap anak yang Allah anugerahkan kepada kami.

Dalam pada itu, kami juga menerima anak-anak jiran dan kawan-kawan yang sepermainan dengan mereka. Ada yang begitu rapat hingga boleh tidur di rumah, ada yang bermain di luar sahaja. Muhaimin, Acher (Asyraf) adalah yang paling rapat; yang makan, main dan tidur di rumah kami bergilir ganti. Kami amat gembira dan seronok mendapat anak-anak seakrab ini. Hanya Azam sesekali tidur di rumah kami.

Zaim dan Atifi pula sesekali bermalam di rumah mereka. Dan lebih menarik bila mereka dibawa pulang ke kampung bermandi sungai dan bermain lumpur. Biarlah anak-anak terbiasa dengan sesuatu yang luar biasa...

Kini, anak jiran terdekat berketurunan Kantonis; Ho (8) menjadi rapat. Mula-mula hanya bermain di luar rumah dan minum-minum petang di luar rumah. Namun akhirnya boleh makan tengah hari dan bermain ke dalam rumah. Kami gembira dengan rakan baru anak-anak..


Arwah ayah saya dulu memelihara ramai anak muridnya. Ada yang bertahun diam di rumah kami, selain berguru -belajar mengaji dan baca kitab- dengan ayah dan Pak Teh. Malah ibu saya juga ada anak angkatnya yang saya selalu bermain (dan bergaduh) semasa kecil. Hingga kini mereka hilang entah di mana.

1 comment:

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah,
Saya mulanya tak faham apa pula Ho tu? rupa nama dia Ho. Hebat betul keluarga enta. Saya dan safiah tersenyum lebar dan ketawa dengan tulisan yang mencuit hati kami, "keluarga yang lengkap". Si Afif sekarang sudah ada KUMIS. sudah bujang.