Wednesday, June 2, 2010

PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU: SATU LAGI HITUNGAN YANG SALAH

Berapa banyak lagi hitungan dan dasar yang hendak dibuat, berapa banyak lagi dasar yang akan terus menekan pengguna, menekan orang Melayu dan menghakis (secara kekal) pemilikan bangsa Melayu? Jiak 40% hendak diperuntukkan kepada bukan Bumi bagi memajukan Kampung Baru, pernahkan pembangunan Pavillion, Lot 10 dan mana-mana sahaja kilang dan pembandaran (bangunan) yang ditawarkan sukarela kepada bangsa Melayu?

Sudah terlalu banyak aset bangsa Melayu jatuh ke tangan pihak lain, sama ada melalui jalan halal mahupun jalan belakang. Tanah-tanah Melayu di tepi jalan habis bertukar tangan. Belum lagi atas nama pembangunan; untuk bangunkan bandar baru, untuk bangunkan kawasan perumahan baru, semuanya bertukar tangan ke pihak lain. Dan orang Melayu seperti itu juga kekal sabar dan boleh menerimanya.

Kini, bala apa lagi yang akan menimpa bangsa ini dengan murah hati kita sengaja menawarkan 40% pembangunan (yang akan menjadi milik kekal) kepada pihak asing. Saya kira tidaklah perlu dibahagikan nisbah seperti itu. bangunkanlah Kampung Baru itu dengan peruntukan daripada pihak lain dan ia menjadi kekal milik bangsa ini di tengah-tengah pusat bandar.

Jika kita bahagipun, nyata aliran tunai akan masuk juga ke kantung pihak lain. Manakan tidak, mahu beli simen, pasir, cat, longkang, jentera dan semua benda; semuanya masuk ke kantung pihak itu juga. FIkirkan.

(Pihak lain rata-rata memiliki tanah dan rumah di luar negara baik di Australia, New Zealand dll, adakah orang Melayu berupaya seperti itu? Ke mana kita mahu lari lagi jika bukan inilah tanah terakhir yang kita pertahankan?)

2 comments:

Anonymous said...

Salam Ustaz.

Kita juga jangan lupa, yang suruh org kita serah kpd org lain tu pun org kita juga, tapi spesis yang ada tanah dan rumah di Australia, NZ dll tu, sebab tulah dia tak pernah risau kita nanti nak duduk mana...

Anonymous said...

Cakap pon tak guna dah... Lu pikirla sendiri...