Tuesday, February 22, 2011

AHAD 20 FEB 2011 (EXT) HOSPITAL MUAR

Hari minggu membuka ruang yang lebih kepada tetamu untuk datang berkunjug. Wad 4 yang sememangnya penuh dengan pesakit menerima kunjungan dari banyak keluarga untuk mereka berkongsi sama kepayahan (ujian Allah).

Pagi itu agak sibuk sebenarnya saya melayan Afif apatah lagi dengan ketibaan doktor yang memeriksa dari berbagai unit. Unit pembedahan, unit tulang dan unit gigi memberi respond atas apa yang dinilai dan dikaji. Lewat juga saya mengambil Shida dari rumah Shariza- Anuar di Jalan Abdul Rahman.

Puan Maznah, PUan Zawahir dan Puan Hajah Aisyah dari Taman Yayasan (Kumpulan Yasin Taman Yayasan 2) tiba pada jam 12.15. Saya bergegas mengambil Shida, Sara dan Nuha.

Tiba di wad, ramai rakan yang menunggu.

Prof Madya Abdullah (TP HEP) tiba bersama keluarga, terima kasih Pak Lah... yang sentiasa sibuk dengan kerja dan kerja di UiTM. Saya merasakan saat inilah saat 'rehat' seketika daripada tugasan pejabat yang biasanya rutin harian. Ini masa rehat.

Rakan sebaya Afif dari SUKSES yang sama-sama menunggu SPM juga tiba. Shahira, Hidayah dan siapa-siapa lagi datang memberi sokongan. Sebenarnya, saya perhatikan remaja seperti Afif ini lebih gembira menerima kunjungan rakan sebaya mereka untuk berbicara dan berceloteh. Dengan kita orang dewasa ini, sedikit-sedikit sahaja bicaranya.

Jiran kami Cikgu Sulaiman dan isterinya, Cikgu ? pun tiba. Semalam Sdr Zam memaklumkan tragedi kereta isterinya terhumban ke dalam gaung di jalan Tasek- Alai, dan Alhamdulillah Allah tentukan cikgu Siti selamat. Cikgu Sulaiman dan En Zam adalah rakan baru kami dan nampaknya hubungan kami semakin erat dipauti kasih sayang Allah jua. Kawan kena ikhlas beb... besar pahala tu.. (Pahala nak juga ke? mestilah nak.. sebab dosa kita banyak, nak kena cover dengan pahala tu...)

Astaghfirullahalazim.

Cikgu Mahadzir dan keluarga (Kak Nor, Shida dan 3 anaknya) turut datang menjengah. Kawan tetap kawan, saudara seagama tetap saudara seagama. Cikgu Haji Yusof Embut dan isterinya datang menceriakan suasana. Afif boleh berbicara dan tersenyum dengan usikan Cikgu Yusof. Begitu juga Haji Esa Mahd Dawe dan isterinya; bekas jururawat yang bersahaja membetulkan itu ini pada botol air Afif.

Abang Zaid, Kak Maria dan Kak Uda (Ustazah Rosnah), adalah keluarga besar kami di Taman Yayasan. Mereka bagaikan saudara dengan kami; kalau ke rumah tu, boleh masuk ke dapur.. Mereka tiba agak lewat dan sesuai benar untuk kami tumpangkan Shida balik ke Segamat.

Sdr Hamid dan isteri (TY), Anak dan menantu Ayahanda Hj Khalid pun tiba di penghujung petang. Diikuti Sdr Salehin dan anaknya, Hilmi yang belajar bersama Afif dari Pagoh, turut menjengah.

Malamnya, saya membersihkan badan di Masjid Muar dan keletihan, tidur...

Tidur walaupun terganggu dengan kebisingan 2 pesakit remaja yang meracau-racau. (besar dugaan tu)

No comments: