Sunday, February 20, 2011

AHAD 20 FEB

Berjaga malam di hospital memberi pengalaman baru. Ketika Afif masih di ICU dan malam pertama di wad, tidak ada apa yang boleh dibuat, selain menunggu. Setelah dia sedar dan wayar bantuan telah dicabut, kerap dia membuang air kecil. Ia perlu diuruskan. Selain memujuknya mengambil makanan dan ubatan.

Saya tidur di kerusi malas (yang diberikan Cikgu Fa'izah) di sisi katil Afif. Afif mengejut beberapa kali untuk itu ini.

"Maafkan Afif abah. Afif menyusahkan abah..."

Jangan begitu Afif. Inikan masa kita. Afif, abah tidak pernah rasakan Afif menyusahkan abah...

Nurse bertugas Puan Rahimah menyediakan oksigen dan pemeriksaan suhu badan dan lain-lainnya. Team Dr Mumtaz Nasem mengiringi Dr lelaki yang berbaju ALL BLACK - peminat rugbi pastinya- membuat lawatan pemeriksaan pagi ini.

Dr Fairuz (M/O) membuat lawatan harian, orangnya tenang dan sopan.

Doktor di Wad; Dr Khairul dan yang lainnya berulang alik beberapa kali membantu. Dr Zurina juga datang memberi cadangan itu ini termasuklah ubat untuk buang air besar, ujian hembusan belon, dan tentang laporan CTSCAN kebocoran pada saluran pernafasannya.

Ain Hanani menelefon dari TKC, tidak banyak yang dapat saya maklumkan kebetulan ada doktor membuat lawatan.

Staf Izuan Mohamad membersihkan luka-luka pada kecederaannya menjelang 11.30 pagi.

3 comments:

Ilham Ainol said...

Salam kunjung ustaz.

Lega saat mendengar khabar bahawa Afif selamat dan kini sedang tabah melalui proses pemulihan. Ustaz juga perlu jaga kesihatan dan banyak minum air serta mengambil makanan yang berkhasiat. Ustaz perlu kesihatan untuk 'menjaga' Afif yang tidak sihat. Saya doakan moga episod perih hidup ini bakal memperkasa diri dan mensyukuri segenap kurniaan-Nya.
Amin.

mamak said...

Alhamdulillah! Dari apa yang abang baca di blog ni, abang dapat rasakan betapa tabahnya adik ku ini sekeluarga menghadapi ujian Allah. Teruskan katabahan mu sekeluarga. Jangan lupakan Allah.
Kami hanya mampu berdoa dari jauh, maafkan kami kerana tidak berkesempatan untuk melawat Afif.
Daripada : Abang Mustofa dan Kak yati di Sg Petani

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Terima kasih kepada semua yang mendoakannya, yang menziarahinya, yang menghulurkan bantuan itu dan ini.. semoga dia membesar dengan penuh kesedaran bahawa hidup ini saling bergantungan dan saling sayang menyayangi.. Sedangkan rahmat Allah itu terlalu besar untuk dihitung