Thursday, February 17, 2011

KEADAANNYA

Afif berada dalam keadaan separa sedar ketika saya sampai 9.45 malam tadi. Apabila dikejutkan dia bangun kemudian kembali tidur. Namun bersyukur kerana dia ingat dan sedar dengan keadaan sekeliling.

Semalaman menemaninya di bucu katil. Pagi ini -9.30 pagi- setelah mendapat pengesahan doktor, dia dibawa masuk ke bilik bedah. Dijangkakan 4 - 5 jam tempoh pembedahan yang melibatkan lutut (luka yang agak dalam, melibatkan tempurung lutut), bahagian atas tapak kaki kanan, dan pembedahan rahang. Dua pasukan doktor terlibat; pakar tulang dan pakar gigi; semuanya akan diikat dengan besi dan skru.

Ya Allah, apalah daya dan kudrat kami menghadapi situasi ini kelak.

Ramai kawan-kawan menelefon bertanya khabar. Guru-guru MRSM TGB akan datang esok hari. Sekolah SUKSES (SMK Seri Kenangan) mengadakan solat hajat untuk Afif. Ya Allah, perkenankanlah doa kami...

Shida datang dari Segamat menaiki bas. Jam 12 tiba. Saya tertidur di Masjid Bandar Muar seketika. Sehingga jam 3, kami masih menanti kemunculan Afif... Saudara mara di Kedah turut dimaklumkan perihalnya. Doa kalian amat kami harapkan.

La khaulawala quwwatailla billah...

2 comments:

Aku By Pojie said...

Kuatkan semangat Ustaz.

saya doakan segalanya ok.

Muhammad Khalid said...

Assalamualaikum,
Takziah dan semoga cepat sembuh.