Saturday, January 7, 2012

PERJALANAN MENCARI REDHA ILAHI

Ia sukar hendak dimulakan. Atas desakan dalaman yang kuat, menolak dan melonjak, perjalanan mencari redha Allah pun bermula. Ia sukar. Ia mencabar dan tentunya mendebarkan.

Allah tidak menyusahkan hamba-Nya yang mahu mencari redha Tuhan. Allah akan membuka ruang seluas-luasnya kepada sesiapa yang mahu mencari. Dan Allah bukakan pintu-Nya dikit berdikit sehingga meyakinkan diri ini.

Alhamdulillah hirabbil alamin.

Kemarahan boleh berubah menjadi tenang dan sabar. Hikmah dan bijaksana. Keraguan boleh dijernihkan atas nama Allah semata-mata, semata-mata mahu mencari redha-Mu.

Dan aku sentiasa berdoa; Ya Allah permudahkanlah urusan kami untuk mentaati perintah-Mu...

No comments: