Saturday, March 3, 2012

MERAYAP MENCARI TV

Sekitar tahun 70an, hanya tiga buah TV yang ada di kampung kami; rumah Mat Isa (bapa Mazli), rumah Berahim Kerani dan rumah Penghulu Saman/ Tok Hajah Nab. Siri Combat menjadi kegilaan kami.

Pernah satu malam kami beramai-ramai menonton TV di rumah Berahim Kerani, tiba-tiba Abang Wahab (Lebai Wahab) menyerbu dan menghambat kami pulang ke madrasah untuk mengaji al-Quran. Kami terpaksa akur. Ramai budak-budak pondok yang kena balun malam itu.

Kadang kala malam-malam saya merayap berseorangan ke rumah Penghulu Saman menonton TV dari tingkap rumah. Apa-apa sahaja cerita saya tonton. Bukan penting soal ceritanya, tapi penting boleh menonton TV. Pernah juga berjalan bersama Sanusi malam-malam, dan apabila pulang sakit kaki terhincut-hincut. Mungkin kurang kalsium pada ketika itu. Biasanya kalau sakit kaki malam, siangnya akan baik.

Op, saya tinggal dengan Mak Lang Nah pada ketika itu..

No comments: