Berilah sedikit keprihatinan kita ketika memasuki petrol station untuk mengisi minyak. Ia baik untuk pertimbangan diri kita sendiri dan pengguna lain.
1. Bagi kenderaan petrol, gunalah pam untuk petrol sahaja, bukannya gunakan pam untuk diesel/pertol. Ini kerana kebanyakan stesyen minyak tidak menyediakan banyak pilihan kepada kenderaan diesel. Mungkin satu sahaja yang diletakkan di bawah bumbung. Oleh itu, jika ada pilihan, pengguna kenderaan petrol gunakanlah pam untuk petrol sahaja. Berilah peluang kepada kenderaan diesel menggunakan pam untuk mereka.
2. Mungkin ada yang bertanya, pam diesel ada disediakan diluar, petak terasing dan tersendiri kenapa perlu menggunakan pam di bawah bumbung? Jawabnya ialah kerana kebanyakan pam diesel di luar adalah untuk kegunaan kenderaan berat seperti lori dan bas. Oleh itu, kepala saluran minyak ke tangki adalah lebih besar sesuai untuk diisi pada tangki yang besar. Kepala saluran minyak ini tidak sesuai untuk kenderaan kecil seperti SUV atau sedan diesel, sebab itulah pengguna diesel akan menggunakan pam di bawah bumbung.
3. Elakkan memakir kenderaan di pam minyak sedangkan anda mahu mengeluarkan duit di mesin ATM sebelum mengisi minyak. Ingat masa anda berbaris di ATM itu, mungkin 4 - 5 kenderaan sudah dapat melangsaikan urusan mereka untuk mengisi minyak. Sebaiknya pakirlah di tempat pakir luar jika mahu mengeluarkan duit dari ATM dan masuklah ke pakir pam ketika telah sedia.
4. Elakkan daripada memakir di pam jika anda masih mahu membeli barangan dan alatan di kedai minyak. Apa yang penting ialah kita ingin memastikan kelancaran dan kecepatan waktu orang lain tidak terganggu oleh kerana tabiat kita seperti itu.
5. Stesyen minyak adalah tempat pengguna bergerak dengan pantas dan selamat, Oleh itu, pastikan kita tidak mengganggu kepantasan orang lain, pastikan juga keselamatan pengguna lain ketika mengisi minyak. Matikan enjin dan tidak lagi merokok ketika memasuki kawasan ini.
6. Sentiasalah melemparkan senyuman kepada pengguna dan petugas. Tidak perlu dikenal semua orang baharu mahu ditegur, cukup dengan menegur sepatah dua bagi menceriakan keadaan dan turut membahagiakan orang lain.
No comments:
Post a Comment