Monday, February 4, 2008

Balasungkawa Us Mugit Sadio

Ustaz Mugit Sadio, seorang ulama dan tokoh ilmuan terkenal di Segamat telah kembali ke rahmatullah pada 1 Februari 2008 (Jumaat) jam 10 pagi. Beliau terkenal dengan kebolehannya berceramah dan berceloteh dan bijak mengawal pendengar. sering dijemput memberi ceramah dan kursus haji di serata tempat termasuklah Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Saya mengenalinya setelah mengikuti siri ceramah/ kuliah kursus haji sekitar tahun 1998- 1999 yang banyak memberi panduan pelaksanaan ibadah haji. Pendekatan yang beliau cadangkan amat baik untuk kami yang baru belajar ibadah haji. Selain itu, banyak pula ceramah dan kuliah yang mengundangnya termasuklah Kumpulan Yasin Wanita Taman Yayasan Fasa 2.

PEmergiannya tiada ganti... Semoga Allah lapangkan kuburnya. Amin.

No comments: