Telah lama juga saya ingin memiliki sebuah motorsikal baru. Sejak kemalangan jalan raya pada tahun 2000 (31 Ogos) melibatkan saya dan isteri, saya rasa serik untuk menaiki motorsikal. Motor Suzuki Gamma JDV 3380 saya jual setelah anak saudara saya memakainya selama 2 tahun lebih..
Menyedari kos minyak semakin meningkat, berulang alik ke kebun yang kotor dan mengotorkan saya rasa kurang ekonomik menggunakan kereta Toyota Unser yang kuat minyaknya. Akhirnya dengan pinjaman personal Bank Rakyat, saya pejamkan mata dan membeli sebuah motor Hinda EX5 (motor orang tua) untuk kegunaan sendiri.
Best juga dapat motor kapchai ni.. Seronok dan mudah berulang alik ke surau dan ke kedai. Anak-anak pula hari-hari minta naik motor....
1 comment:
eh...ex5 tuh motor rempit tuh ustat...bukan org tua...hehe
Post a Comment