Apabila pihak Sekretariat Islam Hadhari menjemput dan melantik kami sebagai penceramah Islam Hadhari, tertanya pula pada diri, apa yang hendak diutarakan? Apakah Islam Hadhari satu omongan kosong politik pemimpin semata, konsep dan gagasan yang tidak punyai apa-apa makna selain kegahan semata? Atau barangkali Islam Hadhari adalah peluang dakwah peribadi kepada ummah? Positifnya, begitulah barangkali.
Setelah beberapa kali dikursus dan diseminar, menghadamkan 10 prinsip Islam Hadhari telah faham dan sebati bahawa gagasan ini seiring dengan pendekatan Islam. Ia memaju kemajuan yang berlandas agama, berlandas budaya dan cara kita dalam membangunkan negara. Nampak keseiringan dan keserasian Islam dalam gagasan ini selagi ia berlandas Al-Quran dan sunnah.
Cuma prinsip saya satu, yang benar kita kata benar dan yang salah tidak perlu kita canangkan jika sekadar mahu merendahkan orang lain. Hendak memuji, pujilah setulus hati. Sebaliknya jika hendak mengeji, biarlah tidak menjejaskan imej orang. Malah saya jarang amat dan tidak suka untuk mencari kelemahan orang, atau memuji orang terlalu dan keterlaluan.
Kadang kala berdesing telinga saya bila ada panel forum yang terang-terang menghentam pihak lain atas nama Islam Hadhari. Timbul soalnya, apa bezanya kita dengan pihak yang satu lagi jika kita asyik hentam menghentam dan mencari kelemahan bangsa sendiri? Bila pula masanya untuk kita pautkan hati umat Islam atas nama agama, bukan sebaliknya menghancurkan hati-hati umat atas nama agama? Entahlah.
No comments:
Post a Comment