Monday, February 25, 2008

CAKAP MELAYU DAN BAHASA MELAYU

CAKAP MELAYU DAN BAHASA MELAYU

Berkesempatan menonton MHI – Malaysia Hari Ini – lewat TV3 (22 Feb 08) yang menjemput anak-anak muda dari luar negara berbahasa Melayu, rasa terpegun dengan keupayaan mereka bebahasa Melayu. Yang lebih tersentuh apabila seorang panelnya mengatakan dia berminat mempelajari bahasa Melayu setelah mendengar lagu Melayu; Masihkah Kau Ingat nyanyian Kopratasa. Dia mengatakan bahasa Melayu bahasa indah bagaikan tiupan bayu, selembut sutera dan seindah susunan madah.

Mengenangkan orang lain yang bersusah payah mempelajari bahasa Melayu, sedangkan kita anak Melayu sendiri tidak berminat berbahasa Melayu, alangkah malangnya kita. Bahasa Melayu merupakan bahasa ke lima terbesar dunia dan pernah menjadi lingua franca suatu ketika dahulu, seakan dipinggirkan oleh bangsa sendiri. Mengenangkan pengajaran Sains dan Matematik telah ditukar ke bahasa Inggeris dan yang menukarnya adalah pemimpin Melayu sendiri! Sudah sampai masanya selepas Pilihanraya ke 12 ini, Pak Lah mempekasakan kembali Bahasa Melayu pada kedudukannya yang sah pada Perlembagaan Negara dan kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara.

No comments: