SWISS GARDEN RESORT & SPA
Telah lama juga saya berminat untuk melihat dan menginap di Swiss Garden, Damai Laut, Lumut. Kedudukannya yang terletak antara perjalanan dari Sungai Besar ke Kedah, sering menjadi perbualan kami sekeluarga untuk melihat keindahannya, tapi ia sekadar angan-angan. Namun apabila gerakan kualiti – dengan sasaran AKNC dan AKPM- atas inisiatif Prof Dr Haji Muhd Kamil Ibrahim, Pengarah UiTM Johor, impian peribadi menjadi realiti.
Perjalanan Segamat ke Lumut terasa jauh bangat (pinjam bahasa Indonesia), namun kami peserta lelaki sememangnya enjoy, singgah sekejab-sekejab di mana-mana yang patut. Bertambah ceria mendengar cerita lucu En Khairul dan En Husin (rahsia tu).
Swiss Garden Resort terletak di tanjung Damar Laut jauh terasing, damai dilingkungi unggas rimba, flora ribuan tahun dengan kolam renang terbentang luas amat mengasyikkan (dan kumpulan nasyidpun menggugat juga). Makan-makan di sini pelbagai jenis dan sedap belaka. Pada hari kedua, sempat juga kami melepaskan lelah mandi di kolam renang dan bermain bola air, buang tebiat nak jadi budak-budak.
Walau apapun, tempat ini amat menarik untuk beristirehat mahupun untuk berbulan madu, atau kembali berbulan madu bagi yang dah lama tu..
No comments:
Post a Comment