Monday, February 25, 2008

LAGU-LAGU LAMA

LAGU-LAGU LAMA

Ada sesetengah orang berasa pelik bila seorang ustaz macam saya minat lagu dan tahu pula menyanyi lagu-lagu, khasnya lagu lama era 80 an – awal 90 an. Usah dihairan atau berasa pelik. Memangnya saya meminati lagu-lagu lama yang suatu ketika dahulu saya menjadi penggemarnya.

Masa kecil-kecil dahulu dalam tingkatan 1- 4, saya memiliki sebuah radio kecil; yang terkecil pada masa itu berwarna hijau. Radionya saya beli melalui pesanan dari Singapura dengan harga RM20 – 30 begitu. Dan ia hanya boleh didengar saya seorang sahaja kerana ia menggunakan speaker telinga sahaja.

Dengan sebuah radio sekecil itu, saya bawanya ke sekolah dan sempat mengikuti carta lagu yang disiarkan pada hari Ahad, pada waktu sekolah. (Sekolah di Maktab Mahmud, Alor Setar, tingkatan 3 turun ke kelas B kerana tak fokus nak belajar). Selain itu saya jua rajin menulis senikata lagu ke dalam sebuah buku khas yang disimpan hingga hari ini.
Oleh itu, sesekali apabila terdengar lagu lama, senang sekali saya menyanyi bersama-sama lagu berkenaan. (Ustaz, taubatlah tu.)

No comments: