Monday, March 3, 2008

SARAWAK MENGGAMIT JIWA

Seminar Serantau Perkembangan Islam Borneo pada 27 – 28 Februari 2008 di UiTM Sarawak menjadi platform dakwah dan jalinan hubungan dengan pihak luar. Saya tercari-cari topik apa yang akan dibentangkan dalam seminar ini, selain dari sekelumit pengalaman bertemu saudara kita (saudara baru) di Sabah dalam kajian lama yang dibuat. Coretan pengalaman seperti ini mungkin menarik untuk dikongsi sama sebagai input berharga kepada pendakwah dan penggerak Islam di bumi Borneo. Dan Alhamdulillah kertas kajian ini diterima untuk pembentangan dan pihak Pengarah UiTM Johor juga memberi kelulusan kepada saya untuk ke sana. Terima kasih semua.

Saya kira inilah peluang untuk menilai kehebatan UiTM Sarawak khasnya usaha UiTM Johor untuk memenangi AKNC dan menjadikan mereka sebagai benchmark. Peluang ini diambil sepenuhnya untuk melihat secara langsung bagaimana akrabnya hubungan kerajaan negeri dengan kampus, keserlahan perpustakaannya, ruang pelajar lepak dengan komputer riba di bawah perpustakaan, dan kehebatan perpustakaannya.

Terima kasih kepada Puan Atikah Rambli, pustakawan UiTM Sarawak yang sudi memberi layanan terbaik semasa saya meninjau-ninjau perpustakaan berkenaan tempoh hari. Sememangnya perpustakaan UiTM Sarawak begitu ceria, indah dan menarik untuk dilawati dan menjadi antara benchmark terbaik untuk dilawati. Banyak perkara yang boleh dikongsi seperti; i. meletakkan pelan struktur UiTMS di perpustakaan sebagai pameran, ii. Lib dijadikan tempat pertama mesti dilawati oleh pengunjung; iii. Ruangan Koleksi Sarawak, iv. Re-trip ke China, Singapura dll atas perbelanjaan sendiri – shbg drp UiTM, (bagaimana kumpul duit? Buat perkhidmatan fotostat, jual kad phone, faks (terima 0.50c, hantar RM1.50, murahnya dll) – setiap re-trip menghasilkan pelan strategi dan update fail meja… Malah plasma TV juga diurus tadbir oleh perpustakaan.

Pastinya seronok melawat ke UiTM Sarawak, lebih-lebih lagi staf dan pelajarnya sentiasa senyum dan murah memberikan senyuman kepada pelawat. Budaya ini perlu kita usahakan di sini..

No comments: