PERANCANGAN STRATEGIK GERAKAN KUALITI
Dengan seramai 45 AJK Kualiti diketuai En Mohd Shukor kami bersidang, berbincang dan merancang apa yang perlu dipertingkatkan di UiTM Johor, terasa amat banyak perkara yang perlu dilakukan.
Untuk mencapai tahap kualiti terbaik bukannya mudah dan tidak pula terlalu susah hingga tidak tercapai oleh kudrat kita. Sebenarnya banyak rahsia yang kita tidak tahu, yang menjadikan kita tidak menang dalam AKNC 2007 lalu. Sememangnya UiTM Johor dalam dokumentasi adalah yang terbaik dan mendapat markah tertinggi, namun apabila lawatan tapak, markah menjunam turun kerana keupayaan kita menyerlahkan kehebatan kita tidak setara dengan apa yang diharapkan.
Untuk kali ini, kita harapkan penglibatan lebih menyeluruh dapat digerakkan tanpa henti. Nampak ketara, kerjasama semua pihak untuk mengindahkan fizikal UiTM Johor amat diperlukan. Di samping banyak lagi inovasi yang boleh ditonjolkan, terutamanya dalam kategori ’Penghasilan/ pencapaian’ yang membawa markah 450.
Terharu pula apabila Timbalan Naib Canselor INQA, Prof Madya Dr Shireen membalas mesej saya; ”Thank u ustaz, terima kasih for having me there. I had such a good time. Warga UiTM Johor baik-baik, mesra dan rajin (21 Feb 08, 12:38) Warga Johor, selamat berjuang.
No comments:
Post a Comment