Monday, March 3, 2008

BERTEMU RAKAN LAMA

KEMBALI BERTEMU RAKAN LAMA

Lama saya ingin bertemu saudara Mohd Saleh Hamdin anak jati Sarawak yang dahulunya sama-sama belajar di Kolej Islam Kelang dan UKM Bangi. Hampir 18 tahun tidak ketemu dan Alhamdulillah seminar ini menemukan kami semula. Orangnya masih macam dulu juga, tidak banyak berubah. Bahasanya masih kekal kesarawakiannya dan ceritanya masih sama seperti pada alam universiti dahulu; gerak kerja untuk dakwah dan agama. Itulah saudaraku yang dirindui sekian lama…

Pada malam ketiga, dia menjemput saya makan malam di sebuah restoran dengan masakannya amat enak dan sesuai dengan citarasa orang semenanjung.

Dalam pada itu, ketemu pula bekas pelajar UiTM Johor yang kini mengambil ijazah di UiTM Sarawak. Masih juga mereka mahu menegur saya sebagai pensyarahnya. Terima kasih anak-anakku. Dan yang lebih tersentuh ketika kami di kilang kek lapis di Kampung Boyan, seorang bekas pelajar UiTM Sabah –terlalu lama masanya- juga menegur dan menyapa… Ustaz, saya Firdaus… Bertuah juga jadi pensyarah ni, boleh ketemu anak didik kita walau di mana berada. Kita tidak harapkan kuih lapis free atau apa-apa, cuma sekadar teguran dan ingatan itu sudah cukup sebagai penghargaan kepada cikgu.

No comments: