Monday, March 3, 2008

MI KOLOK DAN RUMAH BARUK

Pada malam pertama kami tiba di Kuching, kami berkesempatan meninjau Kuching Utara yang dipisahkan sungai Sarawak yang besar dan lebar itu. Seronok juga menaiki sampan kecil menyeberangi sungai yang hanya sekali sahaja engin botnya dihidupkan. Di seberang sana, masih kekal rumah-rumah tradisi Melayu dengan tiga buah surau/masjid berdekatan. Kampung Surabaya, Kampung Boyan dan kampung lain berdekatan di gigi sungai.

Terpegun melihat restoran Melayu berkonsepkan Rumah Bidayuh atau rumah Baruk yang dibuat daripada kayu nibung dan anyaman buluh. Memang klasik dan nostalgik dengan paparan gambar lama lewat 60an. Kami memesan makanan istimewa setempat iaitu mi kolok; lebih kurang mi maggie bersup lelemak daging dihidangkan sambal cili merah. Sedap juga rasanya, Cuma ada yang tak tahan perut apabila terkena sambal mentah.
Bertuahnya kami – Ustaz Ramawan, Ustaz Takiyudin (UiTM Malaysia), Ustaz Haron dan Ustaz Nasir Ayob (UiTM Kedah)- kerana dilayan baik Ustaz Sufian dari UiTM Sarawak, yang juga salah seorang AJK penganjur biarpun kesibukan bertugas mengendalikan seminar, sedia pula melayan kami.

No comments: