Friday, March 14, 2008

IMPAK PILIHANRAYA 2008

IMPAK PILIHANRAYA 2008

Pilihanraya Umum 2008 telah selamat berlalu dan keputusannya amat memeranjatkan semua pihak. Pembangkang tidak percaya dengan apa yang mereka dapat, BN lagi tidak terduga dengan kehilangan lima negeri ke pihak lain. Pastinya Selangor sebagai negeri terkaya dalam negara telah jatuh ke tangan pembangkang, Perak dan Pulau Pinang turut sama beralih angin dan Kedah mendapat mandat PAS sedangkan Kelantan tidak tergugat langsung dengan gelombang biru yang dibawa.

Itulah realiti pilihanraya. Kehendak rakyat telah dikotakan melalui peti undi yang selama ini dikawal rapi agar tidak tergugat kerajaan yang memerintah. Namun kehendak Allah jauh lebih daripada apa yang disangkakan. Banyak isu menarik diperkatakan setelah BN hancur musnah dalam pilihanraya ini. Ia bermula dari pelbagai kesilapan dan kelemahan yang tidak mahu diakui oleh mereka. Kelemahan dan kepincangan dalam BN telah sebati, lalu mereka tidak sedar bahawa kelemahan itu diperhati dan dinilai oleh pengundi.

Gelombang pengundi muda terutamanya yang telah jelak dengan kebejatan pemerintah ditunjukkan dalam peti undi. Biarpun media massa sepenuhnya dipergunakan pihak pemerintah untuk memancing undi, tapi ternyata strategi itu gagal memenangi hati rakyat. Malah mereka jelak dan hampir termuntah dengan gelagat keterlaluan BN mempromosi agenda mereka.

Banyak isu yang tidak beres sebelum parlimen dibubarkan. Isu HINDRAF, isu video Linggam, Altantuya dan kaitaannya dengan penyelewengan pembelian senjata negara, kadar inflasi yang semakin mencengkam, beban pengguna yang gagal diatasi dan yang lebih utama dilihat ialah kelemahan kepimpinan tertinggi negara.

Kita menghormati dan amat bersimpati pada Pak Lah, namun kekurangannya sebagai pemimpin nombor satu negara sering dipertikaikan terutamanya untuk membubarkan parlimen dan peristiwa Shahidan bermalam 4 – 5 malam di Putrajaya untuk mendapat restu nama calon-calon BN.

Selain itu, calon-calon yang dikemukakan BN nampaknya ibarat sekadar menempah maut. Benar jika dahulunya pengundi tidak kisah siapa calon yang diletak, namun dalam kebejatan masa kini dan kemudahan teknologi perhubungan, faktor calon perlu diambil kira. Bayangkan jika calon sudah terbuang dan tidak mampu diterima rakyat, masih juga mahu disogokkan.

No comments: