UPENA JOHOR MENANG LIMA ANUGERAH
Dalam majlis Sanggar Buku UPENA pada 13 Mac 2008 di UiTM Malaysia baru-baru ini, UPENA UiTM Johor telah memenangi lima anugerah;
Anugerah UPENA Cawangan Paling Aktif dalam aktiviti penulisan (2007)
Anugerah Terbitan Terbanyak Peringkat Cawangan (2007)
Anugerah Penulisan Terbaik (Karya Islam) menerusi buku Memahami Islamisasi Ilmu dari Pemikiran Profesor Ismail Ragi Al-Faruqi karya Prof Madya Abdul Halim Ramli (2007)
Anugerah Karya Terlaris Berkumpulan menerusi buku Kisah-kisah Ceria karya bersama Ros Hasri dan rakan-rakan (2007)
Anugerah Penulisan Terbaik (Karya Islam) menerusi buku Pengaruh Gerakan Islam Timur Tengah Terhadap Gerakan Islam dan Politik Malaysia karya Dr Ahmad Zaki Abdul Latiff (2006)
Sekalung tahniah diucapkan kepada UPENA dan penulis yang terlibat. Kita berbangga dengan pencapaian penulis UiTM Johor, khasnya Prof Madya Abdul Halim Ramli yang berjaya menjuarai dua kali anugerah yang sama pada tahun 2005. Diharapkan kejayaan ini menjadi pendorong dan semangat kepada rakan-rakan lain untuk terus berkarya dan menggerakkan aktiviti penulisan.
No comments:
Post a Comment